Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Wednesday, September 9, 2009

Semua pasar raya di Kelantan dilarang operasi pada raya pertama

KOTA BHARU: Semua pasar raya di Negeri Kelantan telah diarah menutup premis perniagaan masing-masing pada hari raya pertama tahun ini sebagai tanda menghormati hari kebesaran perayaan umat Islam.

Pengerusi Pihak Berkuasa Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, tahun lalu, Kerajaan Negeri membenarkan semua pasar raya membuka premis perniagaan mereka dari tengah hari sehingga tengah malam.

“Bagaimanapun, kami telah menerima pelbagai aduan dan rungutan termasuk majikan enggan membayar kerja lebih masa pada hari cuti am dan pada masa yang sama kami juga turut menerima aduan daripada pekerja Islam bahawa mereka telah didenda kerana enggan bekerja pada hari raya pertama,” ujarnya.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat Exco petang Rabu, Takiyuddin menambah, pihak berkuasa tempatan akan mengedarkan pekeliling memaklumkan kepada semua pengusaha pasar raya akan peraturan baru ini.

Sementara itu, Takiyuddin juga memaklumkan mulai 1 Januari tahun hadapan, semua papan tanda baru (billboard) mestilah mempamerkan tulisan Jawi yang sama ada sama besar atau lebih besar daripada Bahasa Malaysia, Cina, Tamil ataupun Siam.

Langkah terbaru ini adalah untuk memastikan tulisan Jawi mendapat kedudukan yang sewajarnya dan juga sebagai satu langkah untuk mempopularkan tulisan Jawi.

Kata Takiyuddin semua peniaga dibenarkan mengguna bahasa Ibunda masing-masing selagi Jawi diberikan kedudukan yang utama pada papan tanda iklan.

Sumber : mStar Online

Wednesday, July 29, 2009

Bunut Payong FC Juara Liga DUN Bunut Payong

Pasukan bolasepak Bunut Payong FC telah menjuarai perlawaanan akhir Liga Dewan Undangan Negeri (DUN) Bunut Payong melalui sepakan penentuan panalti mengalahkan Kg. Sireh FC dengan agreget 4-3 setelah permainan terikat seri tanpa sebarang rembatan gol.



Aksi permainan yang menghiburkan itu menyaksikan Bunut Payong FC lebih banyak menguasai padang dengan membuat beberapa kali cubaan untuk menembus ke pintu gawang Kg. Sireh FC.

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Muhamad Ke 4 Kota Bharu pada 28 Jun lalu turut disaksikan oleh ADUN Bunut Payong, Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan.



Beliau turut menyampaikan hadiah-hadiah kepada pasukan yang beraksi dalam perlawanan akhir tersebut. Juara pasukan Bunut Payong FC membawa pulang piala pusingan YB Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj. Hassan, pingat dan hadiah wang tunai berjumlah RM 1000.


Manakala pasukan Kg Sireh FC yang mendapat naib juara menerima pingat berserta wang tunai bernilai RM700.

Tempat ketiga bersama disandang oleh Kota Utara dan Raja Dewa dengan masing-masing menerima pingat dan wang tunai berjumlah RM 400.



Wednesday, July 1, 2009

Bandar raya Islam diperluas ke seluruh Kelantan


Majlis Daerah Ketereh (MDK) akan mengikut jejak langkah Majlis Perbandaran Kota Bharu MPKB) dikenali sebagai bandar raya Islam menjelang 2010.

Ia bakal dikenali sebagai Majlis Daerah Ketereh Perbandaran Islam.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Takiyuddin Hassan berkata, kerajaan negeri telah merangka program memperluaskan konsep bandar raya Islam ke seluruh negeri.

Menjawab soalan dari Dato' Omar Mohammad (PAS - Perupok) katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan, MDK telah berusaha menuju ke arah perbandaran Islam antaranya mewujudkan dataran ilmu di kawasan Pasar Ketereh.

"Kerajaan negeri juga berpuas hati perkembangan MPKB sebagai Bandar Raya Islam sejak dilancarkan pada 2005 apabila lima teras sudah dilaksanakan dengan berkesan," katanya.

(Disunting daripada Harakahdaily.net)

Monday, June 29, 2009

Majlis Angkat Sumpah YDP

Majlis Angkat Sumpah dan Penyerahan Watikah Yang Dipertua (YDP) 3 majlis daerah telah disempurnakan di hadapan YB Dato' Hj. Takiyuddin bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Kerajaan Negeri Kelantan di pejabat beliau di Kota Darul Naim pada 29 Jun lalu.

YDP-YDP tersebut ialah
YM Tg Azmi bin Tg Jaafar (YDP Majlis Daerah Ketereh), En. Che Ismail bin Hasbullah (YDP Majlis Daerah Machang) dan En Abdullah bin Mohd Yusof (YDP Majlis Daerah Gua Musang)

Sunday, June 21, 2009

Dato' Meraikan Rombongan Harley Davidson




Dato' Taki menyampaikan ucapan
Dato Hj. Takiyuddin berbesar hati meraikan rombangan motor besar berkuasa tinggi Harley Davidson yang berlangsung di Naza Bikes cawangan Lundang Kota Bharu. Rombongan itu turut disertai oleh Datuk SM Zulkifli SM Amin, Naib Presiden Eksekultif Naza Bhd.
Dato' Takiyuddin dalam ucapannya mengambil kesempatan mempromosi tentang negeri Kelantan kepada rombongan dan memperkenalkan majalah pelancongan negeri Kelantan, majalah Kelantan Gateway yang turut diedarkan kepada para hadirin dalam majlis tersebut.


Mencuba Harley Davidson

Friday, June 19, 2009

Tidak Dikekalkan

Dato Hj. Takiyyuddin bin Hj. Hassan tidak dikekalkan sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Kelantan (BPPNK). Beliau yang merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (MKK), merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong sebelum ini menjadi Setiausaha BPPNK selama tiga penggal.

Perkara tersebut diumumkan oleh Tuan Guru Dato' Pesuruhjaya PAS Negeri Kelantan dalam mesyuarat kali pertama BPPNK yang berlangsung semalam (Khamis) di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Kota Bharu.


Tempat beliau diisi oleh YB Mohd Zaki Ibrahim, Kelaboran. Zaki juga adalah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan.


Sebaliknya bagi jawatan-jawatan lain-lain Dewan Harian dikekalkan sebagaimana penggal lalu.


Moga beliau dapat meneruskan khidmat sebagai ahli exco, ADUN Bunut Payong dan Timbalan Yang Dipertua PAS Kota Bharu dengan lebih dedikasi dan cemerlang.

Friday, May 29, 2009

Ilmu dan Iman sebagai imuniti



“Apabila ilmu digabungkan dengan iman, seorang pegawai tidak akan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan segala sifat buruk semasa menjalankan tanggung jawab dan tugas.”

“Semata-mata ilmu yang ada tanpa adanya iman dan takwa manusia boleh menjadi seorang penjenayah, tidak berakhlak dan tiada moral.”

“Ilmu adalah bekalan kita dalam menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah di dunia dan sebagai bekalan menuju akhirat bersesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia dengan ilmu, barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia dengan ilmu dan sesiapa ingin keduanya juga hendaklah ia dengan ilmu.”

Demikian kata Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar 83 orang pelajar yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang telah berada di IPT diwakili oleh keluarga mereka.

Menurut beliau lagi walau pun sumbangan ini tidaklah sebesar mana, tetapi ia diharap sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan pelajar-pelajar berkenaan semasa belajar.


Acara penyampaian tersebut yang diadakan di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan dekat sini, adalah antara program tahunan yang dianjurkan oleh pejabat DUN Bunut Payong. Dalam majlis terrsebut Takiyuddin juga turut menyampaikan sumbangan kifaalah kepada 10 orang penerima wasi bagi DUN berkenaan.

Sementara itu Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari daripada Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) sewaktu menyampaikan tazkirah khas menyenaraikan serangan-serangan musuh
Islam dalam merosakkan remaja dan belia Islam melalui pendekatan 5
S.

“Pendekatan 5S yang digunakan oleh zionis ialah melalui smoke yang bererti merokok, song yang bermakna nyanyian, sport melalui aktiviti sukan yang tidak menepati syariat, style bermakna fesyen yang mendedahkan aurat dan seks secara bebas.”

Beliau juga menyebut beberapa syarat kepada hadirin bagaimana untuk menjadikan anak menjadi seorang anak yang soleh yang boleh membahagiakan kedua ibu bapa.

Antaranya ialah dengan cara pemakanan dan kesihatan yang sihat, minda yang intelek, memiliki sifat berdikari, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, menjauhi sebarang maksiat, menjaga waktu dan menitikberatkan disiplin.

Ustaz Ahmad Fadhli



Monday, May 25, 2009

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun hadapan


" Saya berjanji dengan apa cara sekali pun Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun 2010 akan diadakan kerana faktor kegawatan ekonomi ia tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini sebagaimana yang pernah kita anjurkan pada tahun-tahun sebelumnya," demikian janji Dato' Hj Takiyuddin bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan sewaktu merasmikan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan di Pantai Sri Tujoh, Tumpat 19 Mei lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Tumpat, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus dan Pengurus Besar Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Encik Ahmad Shukeri Ismail.

Pesta Wau Kebangsaan Kelantan kali ini disertai oleh gabungan persatuan peminat, pemain dan pembuat wau dan layang-layang atau ringkasnya Pelayang daripada seluruh negara termasuk daripada Pattani, Thailand dan Sarawak.

Menurut Takiyuddin lagi, sebagai tanda komitmen dan keperihatinan kerajaan negeri terhadap pengiat seni wau dan layang-layang, pada bulan Ogos depan, pihak kerajaan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan karnival menaikkan 2010 ekor wau yang dijangka akan mencatat rekod baru Malaysia Book of Recod, jumlah wau paling banyak yang pernah dinaikan.



Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pelayang Kelantan yang berjaya mengekalkan kejuaraan Grand Prix Bintulu anjuran Kementerian Pelancaongan Malaysia dua tahun berturut-turut serta mengharapkan ia dikekalkan pada tahun ini.

"
Selain daripada wau menjadi suatu permainan dan kegiatan waktu lapang, ia sebenarnya suatu warisan yang tidak ternilai kepada masyarakat Kelantan yang sewajarnya diperturunkan kepada genarasi baru agar ianya tidak pupus ditelan zaman"

" Sehubungan dengan usaha untuk mengekalkan seni budaya Kelantan ini, kerajaan negeri juga turut menyahut seruan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengantarabangsakan segala kegiatan seni yang ada di negeri ini," katanya.

Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan malam dan persembahan seni kebudayaan daripada kelab budaya daripada Bachok.

Sunday, May 17, 2009

Suarasa Gamit Hampir 1 Juta Pengunjung


Dato Takiyuddin ditemubual oleh perantara Sua Rasa


Sua Rasa TV9 yang diadakan pada 1 dan 2 Mei di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 Kota Bharu baru-baru ini berjaya menggamit hampir 1 juta pengunjung. Perkara ini diakui sendiri oleh Aziz Desa, sewaktu mengendalikan rancangan Warna Warni Suara Rasa yang disiarkan secara langsung oleh TV9.

Peta Karnival Sua Rasa

Warna Warni Sua Rasa yang disiarkan pada 1 Mei memaparkan rakaman temubual bersama YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat. Pada hari tersebut juga disiarkan secara langsung temubual bersama YB Dato Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Manakala pada hari kedua disiarkan pula siaran langsung temubual Warna Warni Suara Rasa bersama YB Dr. Mohd Fadhli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan.


Khemah Adik Di 9 antara yang menarik perhatian


Pelbagai aktiviti pentas utama, aktiviti khemah dan program tv seperti Warna Warni Suarasa, Halaqah dan Irama Sua Rasa diadakan sepanjang Sua Rasa yang menampilkan kelainan di Kota Bharu.





Nordin Batik turut memeriahkan Sua Rasa