Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 29, 2009

Ilmu dan Iman sebagai imuniti



“Apabila ilmu digabungkan dengan iman, seorang pegawai tidak akan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan segala sifat buruk semasa menjalankan tanggung jawab dan tugas.”

“Semata-mata ilmu yang ada tanpa adanya iman dan takwa manusia boleh menjadi seorang penjenayah, tidak berakhlak dan tiada moral.”

“Ilmu adalah bekalan kita dalam menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah di dunia dan sebagai bekalan menuju akhirat bersesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia dengan ilmu, barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia dengan ilmu dan sesiapa ingin keduanya juga hendaklah ia dengan ilmu.”

Demikian kata Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar 83 orang pelajar yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang telah berada di IPT diwakili oleh keluarga mereka.

Menurut beliau lagi walau pun sumbangan ini tidaklah sebesar mana, tetapi ia diharap sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan pelajar-pelajar berkenaan semasa belajar.


Acara penyampaian tersebut yang diadakan di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan dekat sini, adalah antara program tahunan yang dianjurkan oleh pejabat DUN Bunut Payong. Dalam majlis terrsebut Takiyuddin juga turut menyampaikan sumbangan kifaalah kepada 10 orang penerima wasi bagi DUN berkenaan.

Sementara itu Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari daripada Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) sewaktu menyampaikan tazkirah khas menyenaraikan serangan-serangan musuh
Islam dalam merosakkan remaja dan belia Islam melalui pendekatan 5
S.

“Pendekatan 5S yang digunakan oleh zionis ialah melalui smoke yang bererti merokok, song yang bermakna nyanyian, sport melalui aktiviti sukan yang tidak menepati syariat, style bermakna fesyen yang mendedahkan aurat dan seks secara bebas.”

Beliau juga menyebut beberapa syarat kepada hadirin bagaimana untuk menjadikan anak menjadi seorang anak yang soleh yang boleh membahagiakan kedua ibu bapa.

Antaranya ialah dengan cara pemakanan dan kesihatan yang sihat, minda yang intelek, memiliki sifat berdikari, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, menjauhi sebarang maksiat, menjaga waktu dan menitikberatkan disiplin.

Ustaz Ahmad Fadhli



Monday, May 25, 2009

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun hadapan


" Saya berjanji dengan apa cara sekali pun Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun 2010 akan diadakan kerana faktor kegawatan ekonomi ia tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini sebagaimana yang pernah kita anjurkan pada tahun-tahun sebelumnya," demikian janji Dato' Hj Takiyuddin bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan sewaktu merasmikan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan di Pantai Sri Tujoh, Tumpat 19 Mei lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Tumpat, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus dan Pengurus Besar Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Encik Ahmad Shukeri Ismail.

Pesta Wau Kebangsaan Kelantan kali ini disertai oleh gabungan persatuan peminat, pemain dan pembuat wau dan layang-layang atau ringkasnya Pelayang daripada seluruh negara termasuk daripada Pattani, Thailand dan Sarawak.

Menurut Takiyuddin lagi, sebagai tanda komitmen dan keperihatinan kerajaan negeri terhadap pengiat seni wau dan layang-layang, pada bulan Ogos depan, pihak kerajaan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan karnival menaikkan 2010 ekor wau yang dijangka akan mencatat rekod baru Malaysia Book of Recod, jumlah wau paling banyak yang pernah dinaikan.



Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pelayang Kelantan yang berjaya mengekalkan kejuaraan Grand Prix Bintulu anjuran Kementerian Pelancaongan Malaysia dua tahun berturut-turut serta mengharapkan ia dikekalkan pada tahun ini.

"
Selain daripada wau menjadi suatu permainan dan kegiatan waktu lapang, ia sebenarnya suatu warisan yang tidak ternilai kepada masyarakat Kelantan yang sewajarnya diperturunkan kepada genarasi baru agar ianya tidak pupus ditelan zaman"

" Sehubungan dengan usaha untuk mengekalkan seni budaya Kelantan ini, kerajaan negeri juga turut menyahut seruan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengantarabangsakan segala kegiatan seni yang ada di negeri ini," katanya.

Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan malam dan persembahan seni kebudayaan daripada kelab budaya daripada Bachok.

Sunday, May 17, 2009

Suarasa Gamit Hampir 1 Juta Pengunjung


Dato Takiyuddin ditemubual oleh perantara Sua Rasa


Sua Rasa TV9 yang diadakan pada 1 dan 2 Mei di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke 4 Kota Bharu baru-baru ini berjaya menggamit hampir 1 juta pengunjung. Perkara ini diakui sendiri oleh Aziz Desa, sewaktu mengendalikan rancangan Warna Warni Suara Rasa yang disiarkan secara langsung oleh TV9.

Peta Karnival Sua Rasa

Warna Warni Sua Rasa yang disiarkan pada 1 Mei memaparkan rakaman temubual bersama YAB Tuan Guru Dato' Hj Nik Abd Aziz Nik Mat. Pada hari tersebut juga disiarkan secara langsung temubual bersama YB Dato Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan.

Manakala pada hari kedua disiarkan pula siaran langsung temubual Warna Warni Suara Rasa bersama YB Dr. Mohd Fadhli bin Dato' Hj Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Kerajaan Negeri Kelantan.


Khemah Adik Di 9 antara yang menarik perhatian


Pelbagai aktiviti pentas utama, aktiviti khemah dan program tv seperti Warna Warni Suarasa, Halaqah dan Irama Sua Rasa diadakan sepanjang Sua Rasa yang menampilkan kelainan di Kota Bharu.





Nordin Batik turut memeriahkan Sua Rasa