Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Friday, May 29, 2009

Ilmu dan Iman sebagai imuniti



“Apabila ilmu digabungkan dengan iman, seorang pegawai tidak akan melakukan penyelewengan, salah guna kuasa, rasuah dan segala sifat buruk semasa menjalankan tanggung jawab dan tugas.”

“Semata-mata ilmu yang ada tanpa adanya iman dan takwa manusia boleh menjadi seorang penjenayah, tidak berakhlak dan tiada moral.”

“Ilmu adalah bekalan kita dalam menunaikan tanggung jawab sebagai hamba Allah di dunia dan sebagai bekalan menuju akhirat bersesuaian dengan hadis Rasulullah yang bermaksud sesiapa yang inginkan dunia maka hendaklah ia dengan ilmu, barang siapa inginkan akhirat hendaklah ia dengan ilmu dan sesiapa ingin keduanya juga hendaklah ia dengan ilmu.”

Demikian kata Dato’ Hj Takiyuddin bin Hj Hassan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bunut Payong ketika menyampaikan ucapan dalam majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar 83 orang pelajar yang telah dan akan melanjutkan pelajaran ke pelbagai institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara. Pelajar-pelajar yang telah berada di IPT diwakili oleh keluarga mereka.

Menurut beliau lagi walau pun sumbangan ini tidaklah sebesar mana, tetapi ia diharap sedikit sebanyak dapat menampung perbelanjaan pelajar-pelajar berkenaan semasa belajar.


Acara penyampaian tersebut yang diadakan di JKR 10, kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan dekat sini, adalah antara program tahunan yang dianjurkan oleh pejabat DUN Bunut Payong. Dalam majlis terrsebut Takiyuddin juga turut menyampaikan sumbangan kifaalah kepada 10 orang penerima wasi bagi DUN berkenaan.

Sementara itu Ustaz Ahmad Fadhli bin Shaari daripada Kolej Islam Antarabangsa Islam Sultan Ismail Petra (KIAS) sewaktu menyampaikan tazkirah khas menyenaraikan serangan-serangan musuh
Islam dalam merosakkan remaja dan belia Islam melalui pendekatan 5
S.

“Pendekatan 5S yang digunakan oleh zionis ialah melalui smoke yang bererti merokok, song yang bermakna nyanyian, sport melalui aktiviti sukan yang tidak menepati syariat, style bermakna fesyen yang mendedahkan aurat dan seks secara bebas.”

Beliau juga menyebut beberapa syarat kepada hadirin bagaimana untuk menjadikan anak menjadi seorang anak yang soleh yang boleh membahagiakan kedua ibu bapa.

Antaranya ialah dengan cara pemakanan dan kesihatan yang sihat, minda yang intelek, memiliki sifat berdikari, aqidah yang sejahtera, ibadah yang sahih, menjauhi sebarang maksiat, menjaga waktu dan menitikberatkan disiplin.

Ustaz Ahmad Fadhli



No comments:

Post a Comment