Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By

Skin Design:
Free Blogger Skins

Powered by Blogger

Monday, May 25, 2009

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun hadapan


" Saya berjanji dengan apa cara sekali pun Pesta Wau Antarabangsa Kelantan tahun 2010 akan diadakan kerana faktor kegawatan ekonomi ia tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini sebagaimana yang pernah kita anjurkan pada tahun-tahun sebelumnya," demikian janji Dato' Hj Takiyuddin bin Hj. Hassan, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Kelantan sewaktu merasmikan Pesta Wau Kebangsaan Kelantan di Pantai Sri Tujoh, Tumpat 19 Mei lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Pegawai Daerah Tumpat, Tengku Abdul Rahman Tuan Yunus dan Pengurus Besar Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan, Encik Ahmad Shukeri Ismail.

Pesta Wau Kebangsaan Kelantan kali ini disertai oleh gabungan persatuan peminat, pemain dan pembuat wau dan layang-layang atau ringkasnya Pelayang daripada seluruh negara termasuk daripada Pattani, Thailand dan Sarawak.

Menurut Takiyuddin lagi, sebagai tanda komitmen dan keperihatinan kerajaan negeri terhadap pengiat seni wau dan layang-layang, pada bulan Ogos depan, pihak kerajaan melalui Pusat Penerangan Pelancongan Kelantan (TIC) akan menganjurkan karnival menaikkan 2010 ekor wau yang dijangka akan mencatat rekod baru Malaysia Book of Recod, jumlah wau paling banyak yang pernah dinaikan.



Beliau juga merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Pelayang Kelantan yang berjaya mengekalkan kejuaraan Grand Prix Bintulu anjuran Kementerian Pelancaongan Malaysia dua tahun berturut-turut serta mengharapkan ia dikekalkan pada tahun ini.

"
Selain daripada wau menjadi suatu permainan dan kegiatan waktu lapang, ia sebenarnya suatu warisan yang tidak ternilai kepada masyarakat Kelantan yang sewajarnya diperturunkan kepada genarasi baru agar ianya tidak pupus ditelan zaman"

" Sehubungan dengan usaha untuk mengekalkan seni budaya Kelantan ini, kerajaan negeri juga turut menyahut seruan Kementerian Pelancongan Malaysia untuk mengantarabangsakan segala kegiatan seni yang ada di negeri ini," katanya.

Majlis pada malam itu diakhiri dengan jamuan makan malam dan persembahan seni kebudayaan daripada kelab budaya daripada Bachok.

No comments:

Post a Comment